Jumaat, 31 Disember 2010

Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja. Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


 1. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuan-Nya.

 2. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

 3. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

 4. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.

 5. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

 6. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

 7. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusa yang hebat jiwanya.

 8. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

 9. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya..


Percayalah sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepada-Nya..

banyak sebenarnya..

Aku dah bosan sebenarnya hidup berjauhan dari family biarpun ikut logik nya sepatut nya bila aku dah keje aku dah cuba mematangkan diri..tapi aku xterlepas dari perasaan cemburu a.k.a iri hati a.k.a jelous ngan family yang ada anak sebaya ngan aku hang out ngan parents n family sedangkan aku kene tunggu betul2 cuti baru bleh spend time ngan family..itu pun nyaris2 setiap kali aku hampir buat kerja gila nk ponteng keje semata2 xnak balik..even my mum n dad or my siblings everyday concern nak kol aku ty apa khabar ALONG dier yang jauh(jauh sangatla macam la duk U.K)tapi aku rasa macam xpuas jerp.mungkin dulu2 aku ligat sangat kuar dari rumah(bukan saje2)tapi tugas untuk negara..cheh.yang membuatkan aku terlalu takde masa nk bermanja2 ngan family..dan perangai aku yang ANGAH saban kali panggil aku rimau..hahah..itu dulu.dah tue mak aku selalu sangat bebel ngan aku(xbaik kan kan?)bila aku nk kecikkan volume..alhamdulillah..sekarang da kurang da.mak aku pulak bila da mula berceramah..dwibahasa plak tue..sama cam bapak ku..tapi aku kira beruntung gak la bab bleh belajar macam2 bahasa dan budaya..biarla.kalau itu bleh membuatkan mereka bahagia..aku tumpang gembira jugak..kalau la sekarang aku bleh terbang balik ke pangkuan keluarga...sekarang jugak aku balik..tapi bila mengenangkan tugas dan tanggungjawab akan ku pikul jugak la walau pun somebody bleh mempertikaikan kemampuan aku...merempit aku bleh la...but its ok..hari nih hari dia...esok lusa kalau hari dia jugak biarkan..yang penting aku ngan hidup aku...aku cuma xnak org mengucar-ngacirkan hidup aku yang xganggu org..aku cuma nak hidup aku bahagia..walaupun eksyen2..hahaha..

Aizat-Pergi with lyric

Estrella - Ternyata

satu lagikk

Yuna - Gelora jiwa ( Tribute P.Ramlee )

azam baru

1.Aku nak start belajar macam mana nak lagik lebih menghargai diri aku yang agak xdihargai sejak dua menjak nih
2.Aku jugak start nak belajar main gitar..org lain bley tunjuk skill naper tak aku..jangan gitar tu patah dah la..
3.Aku jugak nak start cycling walaupun belum lagi beli beskal bab aku nak tunggu bestfriend aku balik dari holiday then baru nka decide beli beskal..
4.Aku jugak nak start berangan2 nak jadik kan kereta kesayangan aku tue tukar bodypart mini cooper..aku xkisah da org nak cakap aku apa..YANG PENTING TU KERETA AKU..BUKAN KERETA KORANG
5.Aku jugak nak berazam bersungguh-sungguh agar tidak lagi melepak dikedai buku tiap2 malam agar aku xborong buku tiap2 kali aku bertandang!!somebody help Me..

An Evening to Remember with YUNA - Bulan di Tutup Awan

macam org lama bila dgr ori nyer..tapi apa aku kesah..nih kan AKU???

Yuna - Bulan Ditutup Awan, Gelora Jiwa, Super Something & Gadis Semasa -...

Khamis, 30 Disember 2010

AKU

Sebelum nih memang penah nak create one blog yang hanya publish pasal aku...aku ...aku dan aku...
rasanya sekarang baru nak mula sikit-sikt kot sempena tahun baru...2011 dah tiba tapi aku nih ha cam blur setahun2 nih ngan xtahu apa yang aku nk buat n apa yang aku da buat..kalau la aku bley terbang macam ladybird..kan best aku bleh jalan2 ikut suka2 aku...